Nak Souvenier best?

Jom Moreh.

Moreh dengan bulan puasa ni memang sinonim la kan. Ada yang taktau ke apa itu moreh?.. Moreh ni kira makan selepas solat sunat tarawih. Ada syarat ke kena makan apa? Wajib ke nak kena moreh ni? Sebenarnya terpulangla pada individu tu nak makan apa waktu moreh tu kan. Kalau kat masjid-masjid atau surau memang ada disediakan. Biasanya moreh ni adalah sumbangan/ pemberian penduduk setempat.

Kalau zaman budak budak dulu, solat tarawih kat surau adalah paling best sebab yang ditunggu adalah waktu moreh tu la.. Kadang-kadang sebelum solat sunat tarawih tu dah pergi mengintai juadah moreh la kan. Itu la kenangan terindah waktu kecik kecik. Dah besau panjang ni masih buang tebiat ke wat macam tu?..

Seeloknya waktu moreh ni tak perlula nak makan heavy meals ye. Sebab perut kita pun nak berehat. Dah la waktu buka tu dah penuh disumbat.. Kesian kat badan.. Lama lagi nak pakai ni.. Makan pun biar berpada..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...